79 peratus projek RS-1 dicapai setakat Disember 2025, Selangor kekal enjin pertumbuhan negara

22 Apr 2026, 10:31 AM
79 peratus projek RS-1 dicapai setakat Disember 2025, Selangor kekal enjin pertumbuhan negara

SHAH ALAM, 22 APRIL: Sebanyak 79 peratus daripada keseluruhan projek, program dan inisiatif (PPI) di bawah Rancangan Selangor Pertama (RS-1) berjaya dicapai setakat 31 Disember 2025, sekali gus mengukuhkan kedudukan negeri sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara.

Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata RS-1 yang dilaksanakan sejak 2021 merangkumi 282 PPI dengan 65 peratus daripadanya telah disiapkan sepenuhnya, meskipun sebahagiannya bersifat jangka sederhana dan panjang.

Beliau berkata, pencapaian itu turut menyaksikan Selangor mencatat pertumbuhan ekonomi purata 7.9 peratus setahun, melepasi sasaran awal negeri serta kadar pertumbuhan persekutuan.

"Selangor adalah negeri di mana telah lebih separuh daripada jumlah pelaburan datang daripada syarikat tempatan. Ini menunjukkan ia tidak bergantung lagi sepenuhnya kepada pelaburan asing ataupun pelaburan luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Showcase RS-1 di Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini. 

Tambah beliau, jumlah pelaburan diluluskan negeri itu turut mencatat purata RM61.3 bilion setahun, menunjukkan keyakinan tinggi pelabur terhadap ekosistem ekonomi Selangor.

Dalam pada itu, nilai ekonomi negeri turut mencecah RM432 bilion pada 2024 dan dijangka hampir RM450 bilion pada 2025, sekali gus mengekalkan Selangor sebagai penyumbang KDNK terbesar negara.

"Dengan adanya RS-1, kita sentiasa mengatasi kadar pertumbuhan persekutuan. Malahan unjuran yang telah diberikan untuk tahun lepas, tahun 2025 unjuran yang belum disahkan. Kita melepasi daripada kadar pertumbuhan di peringkat persekutuan," jelasnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619