Seleweng dana, ketua pengarah JUPEM didakwa di mahkamah esok

21 Apr 2026, 1:22 PM
Seleweng dana, ketua pengarah JUPEM didakwa di mahkamah esok

KUALA LUMPUR, 21 APRIL: Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok berkaitan kes penyelewengan dana.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap lelaki itu akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi.

Pada 17 April lepas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata ketua pengarah dan seorang pegawai kanan JUPEM yang terlibat dalam siasatan penyelewengan dana berjumlah RM900,000, akan didakwa di mahkamah pada Rabu atau Khamis ini.

Pada 11 Feb, SPRM menahan dua pegawai kanan sebuah jabatan agensi kerajaan termasuk seorang ketua pengarah, kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana berkenaan untuk kepentingan peribadi.

-- BERNAMA

TAG: Ketua Pengarah, JUPEM, Mahkamah Sesyen, penyelewengan, dana

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619