Banjir kilat di KL, beberapa jalan utama terjejas

21 Apr 2026, 7:12 AM
Banjir kilat di KL, beberapa jalan utama terjejas
Banjir kilat di KL, beberapa jalan utama terjejas
Banjir kilat di KL, beberapa jalan utama terjejas

SHAH ALAM, 21 APRIL: Beberapa jalan utama di pusat bandar dilanda banjir kilat hari ini susulan hujan berterusan sejak pagi, sekali gus menjejaskan aliran trafik.

Menerusi hantaran Facebook, Pusat Kawalan Kuala Lumpur (KLCCC) di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan hujan berterusan menyebabkan air bertakung di beberapa lokasi.

Antara kawasan terjejas ialah Jalan Ampang Hilir, khususnya di hadapan Kedutaan Arab Saudi.

Banjir kilat turut dilaporkan di Jalan Kuching berhampiran Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) menghala ke bulatan Segambut.

Menurut kenyataan itu, anggota polis trafik dan pengawal lalu lintas berada di lokasi bagi mengawal keadaan.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan merancang perjalanan bagi mengelakkan laluan terjejas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619