Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Kali ke-15 Dewan Negeri Selangor

20 Apr 2026, 5:52 AM
Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Kali ke-15 Dewan Negeri Selangor

Istiadat Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor yang ke-15 berlangsung penuh istiadat di Dewan Negeri Selangor, hari ini, menandakan permulaan rasmi persidangan bagi penggal baharu pentadbiran negeri. Suasana tertib dan berprotokol jelas terpancar sebaik keberangkatan masuk Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, yang mencemar duli menyempurnakan istiadat berkenaan.

Turut berangkat mengiringi baginda, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin serta Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Kehadiran kerabat diraja menambahkan lagi seri dan kemuliaan majlis, sekali gus mencerminkan kesinambungan institusi diraja dalam sistem pemerintahan negeri.

Sejak penubuhannya, Dewan Negeri Selangor menjadi medan utama perbahasan dan penggubalan dasar yang mencorakkan haluan negeri. Dari era awal pentadbiran moden hingga kini, dewan ini telah menyaksikan pelbagai detik penting peralihan kepimpinan, pembentangan dasar pembangunan, serta perbahasan isu rakyat yang mencerminkan denyut nadi Selangor sebagai antara negeri paling pesat membangun di Malaysia.

Seiring peredaran zaman, fungsi dan peranan dewan terus berkembang, namun asasnya kekal sebagai institusi yang menjunjung prinsip demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Menerusi lensa jurufoto Hafiz Othman istiadat ini dirakam bukan sekadar sebagai dokumentasi, tetapi sebagai jambatan yang menghubungkan masa lalu dan masa kini, sekali gus mengangkat dewan ini sebagai simbol kesinambungan sejarah, tradisi dan amanah kepada rakyat Selangor.

Jejawat membuat persiapan sebelum mula Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Kali Ke 15 Dewan Negeri Selangor di , Shah Alam pada 20 April 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengemaskan topi anggota sebelum pemeriksaan kawalan kehormat utama ketika Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal ketiga Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 20 April 2026.Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mencemar duli hadir ke Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Kali Ke 15 Dewan Negeri Selangor di , Shah Alam pada 20 April 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Jejawat bersedia bebaris ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Kali Ke 15 Dewan Negeri Selangor di , Shah Alam pada 20 April 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari hadir ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Kali Ke 15 Dewan Negeri Selangor di , Shah Alam pada 20 April 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jatuh pengsan sebelum pemeriksaan kawalan kehormat utama ketika Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal ketiga Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 20 April 2026.Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli membuat pemeriksaan kawalan kehormat utama ketika Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal keempat Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 20 April 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Kali Ke 15 Dewan Negeri Selangor di , Shah Alam pada 20 April 2026. Turut mengiringi Baginda DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli bergambar bersama Ahli Dewan Negeri (ADUN) ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Kali Ke 15 Dewan Negeri Selangor di , Shah Alam pada 20 April 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar menerima teks titah ucapan dari Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Kali Ke 15 Dewan Negeri Selangor di , Shah Alam pada 20 April 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli menyampaikan titah ucapan ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Kali Ke 15 Dewan Negeri Selangor di , Shah Alam pada 20 April 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Barisan EXCO dan ADUN mendengar titah ucapan ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Kali Ke 15 Dewan Negeri Selangor di , Shah Alam pada 20 April 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli berangkat pulang selepas merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Kali Ke 15 Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 20 April 2026. Turut mengiringi Baginda DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli berangkat pulang selepas merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Kali Ke 15 Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 20 April 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619