SHAH ALAM, 19 APRIL: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor selain Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga 3 petang.
Cuaca sama dijangka berlaku di beberapa kawasan di Johor dan Sarawak.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan di Selangor, hujan dijangka melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan lebih sejam.
Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.










