Arab Saudi mula terima ketibaan jemaah haji, tingkat kesiapsiagaan

19 Apr 2026, 2:35 AM
Arab Saudi mula terima ketibaan jemaah haji, tingkat kesiapsiagaan
Arab Saudi mula terima ketibaan jemaah haji, tingkat kesiapsiagaan
Arab Saudi mula terima ketibaan jemaah haji, tingkat kesiapsiagaan
Arab Saudi mula terima ketibaan jemaah haji, tingkat kesiapsiagaan

JEDDAH, 19 APRIL: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan ketibaan jemaah ke negara itu melalui pintu masuk udara, darat dan laut bagi menunaikan ibadah haji tahun ini, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Proses itu dilaksanakan menerusi sistem perkhidmatan dan kemudahan bersepadu di bawah penyeliaan Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji, Putera Abdulaziz bin Saud bin Naif bin Abdulaziz dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan prosedur kemasukan dan pemindahan ke tempat penginapan berjalan lancar.

Kementerian itu memaklumkan bahawa lapangan terbang menerima penerbangan dari beberapa negara termasuk Pakistan, Turkiye, Afghanistan, Malaysia, India, Bangladesh dan Thailand pada Sabtu dengan kira-kira 30 penerbangan diproses mengikut prosedur yang teratur.

Menurut kementerian itu, tahap kesiapsiagaan di semua pintu masuk turut dipertingkat menerusi pertambahan petugas, pengaktifan laluan khas jemaah haji serta penyediaan kemudahan penerimaan bagi meningkatkan kecekapan dan mempercepat urusan.

Kementerian itu turut menekankan penyelarasan antara agensi bagi memudahkan prosedur kemasukan, menyediakan panduan dan sokongan pelbagai bahasa, serta memastikan urusan pemindahan jemaah ke tempat penginapan mereka di Makkah dan Madinah berjalan lancar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619