Polis siasat individu disyaki buat kenyataan fitnah MAIS di media sosial

18 Apr 2026, 2:38 PM
Polis siasat individu disyaki buat kenyataan fitnah MAIS di media sosial

SHAH ALAM, 18 APRIL: Polis sedang menyiasat seorang individu selepas dipercayai membuat kenyataan fitnah terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam (JAIS) menerusi hantaran di media sosial.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata tindakan itu susulan laporan diterima pihaknya pada Khamis lepas yang mendakwa kandungan berkenaan dibuat bagi menjejaskan imej MAIS dan JAIS.

“Pengadu mendakwa bahawa kandungan video tersebut adalah fitnah kerana melemparkan tuduhan rasuah serta penggunaan imuniti istana yang dilihat sengaja dibuat bagi menjejaskan imej pihak MAIS dan JAIS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selain memohon kerjasama orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan komen yang menggugat keharmonian serta ketenteraman awam.

Sebelum ini, Setiausaha MAIS Mohd Sabirin Mohd Sarbini dilaporkan berkata pihaknya memandang serius penularan sebuah video menerusi TikTok yang mengaitkan kononnya berlaku isu tunggakan bayaran serta salah urus melibatkan MAIS membabitkan projek sebuah masjid di Subang.

Beliau berkata dakwaan dalam hantaran tersebut yang mengaitkan MAIS dengan penggunaan imuniti istana serta unsur rasuah sehingga menyebabkan pembayaran tidak diselesaikan kepada pengadu adalah tidak berasas dan bersifat fitnah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619