Legasi fotografi lebih lima dekad di Petaling Street

18 Apr 2026, 12:15 PM
Legasi fotografi lebih lima dekad di Petaling Street

Di sebalik hiruk-pikuk ibu kota, berdiri sebuah kedai kecil bernama Pak Tai Kedai Gambar yang berdiri gagah sebagai simbol ketekunan dancinta terhadap seni fotografi.

Kedai lama yang diambil alih Kok Kee Low, 81, dari pemilik asal pada tahun 1968 pernah melalui zaman kegemilangan kamera filem, proses cuci manual dalam bilik gelap, sehinggalah kepada era fotografi digital.

Studio ini bukan sahaja menyediakan perkhidmatan mencetak gambar, malah menjadi tempat pelanggan berkongsi kenangan daripada gambar perkahwinan, potret keluarga hinggalah pasport.

Bagi warga emas itu, fotografi bukan sekadar perniagaan, tetapi amanah untuk menyimpan memori manusia dalam bentuk visual.

Jurugambar HARUN TAJUDIN merakam usaha gigih Pak Tai menghidupkan 'seni cahaya' di ruang kecil yang kini menjadi pilihan anggota polis, khususnya dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sebahagian gambar passport yang pernah di ambil di Kedai Gambar Pak Tai Kuala Lumpur.

Pak Tai sedang siap sedia memasang kamera nya untuk mengambil gambar passport di studionya.

Pak Tai sedang memperkemaskan uniform anggota sebelum mengabadikan gambar passport.

Pak Tai beraksi mengambil gambar pelanggan di studionya.

Pak Tai menggunakan kanta untuk melihat hasil gambar pada komputer ribanya.

Pak Tai sedang melihat ,elakukan proses pengeditan gambar passport yang telah di ambilnya.

Aktiviti harian Pak Tai melayani pelanggan yang hadir ke studio gambarnya. 

Sebahagian gambar berukuran passport di dalam sampul lama yang masih belum di ambil pelanggan.

Pak Tai menerima panggilan telefon dari pelangan untuk menempah khidmat mengambil gambar di studionya.

Pak Tai bergaya di hadapan kedai nya di Jalan Petaling Kuala Lumpur.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619