PM tidak tolak potong gaji menteri jika krisis memuncak

17 Apr 2026, 9:20 AM
PM tidak tolak potong gaji menteri jika krisis memuncak

CYBERJAYA, 17 APRIL: Kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan pemotongan gaji menteri Kabinet sekiranya keadaan ekonomi negara menjadi lebih meruncing susulan krisis tenaga global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau, bagaimanapun berkata kadar gaji menteri di Malaysia adalah relatif rendah jika dibandingkan dengan tanggungjawab yang dipikul, namun kadar itu masih munasabah selagi prestasi kerja berada pada tahap baik.

Anwar menegaskan bahawa keutamaan ketika ini ialah memastikan barisan menteri melaksanakan tugas dengan baik demi kepentingan rakyat, berbanding soal pemotongan gaji.

“Gaji kita relatif memang rendah gaji-gaji menteri, tetapi yang penting mereka bekerja dengan baik. Macam saya, saya tidak ada masalah tidak mengambil gaji, namun gaji itu hak mereka selagi mereka menjalankan tugas dengan baik, saya fikir (kadar itu) munasabah.

“Bagaimanapun, tidak ada halangan (pemotongan gaji menteri) kalau keadaan ekonomi ini lebih meruncing perkara itu akan difikirkan,” kata beliau kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan meneliti cadangan pemotongan gaji menteri seperti yang dilaksanakan di Indonesia.

Terdahulu, ketibaan Perdana Menteri pada 1.17 tengah hari disambut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, sebelum beliau bersama lebih 1,000 jemaah terdiri daripada anggota JBPM serta masyarakat setempat menunaikan solat Jumaat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619