Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri hingga 6 petang ini

17 Apr 2026, 7:47 AM
Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri hingga 6 petang ini

SHAH ALAM, 17 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan kebanyakan negeri di Semenanjung serta beberapa kawasan di Sarawak sehingga 6 petang ini.

Di Selangor, kawasan terjejas melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat selain turut merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Turut terlibat ialah Perlis serta Kedah yang merangkumi Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling.

Di Perak, kawasan terjejas melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala di Kelantan melibatkan Jeli.

Bagi Terengganu, kawasan terlibat ialah Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman.

Sementara itu, di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin.

MetMalaysia turut memaklumkan Johor serta beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu dan Mukah turut berada dalam amaran cuaca buruk berkenaan.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya banjir kilat serta pokok tumbang sepanjang tempoh amaran tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619