1,947 anak autisme, OKU terima bantuan pendidikan Zakat Selangor

16 Apr 2026, 12:01 PM
1,947 anak autisme, OKU terima bantuan pendidikan Zakat Selangor
1,947 anak autisme, OKU terima bantuan pendidikan Zakat Selangor

SHAH ALAM, 16 APRIL: Seramai 1,947 kanak-kanak autisme dan orang kurang upaya (OKU) menerima bantuan pendidikan daripada Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) tahun ini bagi menyokong keperluan pembelajaran mereka.

Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf Zakat Selangor, Md Yusmizan Yusuf berkata peruntukan khas itu disediakan di bawah kategori asnaf fakir, miskin, mualaf dan fisabilillah.

Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor), Md Yusmizan Yusuf.

“Sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban keluarga penerima yang menghantar anak-anak istimewa ke pusat pembelajaran di bawah 224 panel Zakat Selangor bagi memastikan mereka terus mendapat pendidikan sewajarnya.

“Jumlah sumbangan antara RM300 hingga RM500 sebulan bergantung kelayakan dan pendapatan isi rumah selain penerima turut boleh memohon bantuan lain seperti kewangan bulanan, sewa rumah dan rawatan perubatan bagi asnaf fakir, miskin dan mualaf,” katanya ketika dihubungi Media Selangor.

Tambah beliau, permohonan bantuan memerlukan pengesahan pakar perubatan atau pakar pediatrik sebagai bukti rasmi keadaan anak istimewa bagi memastikan penyaluran dilakukan secara telus.

Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menyalurkan bantuan kewangan bulanan kepada suami isteri orang kurang upaya (OKU) yang membesarkan dua anak termasuk anak autisme. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor

Dalam pada itu, beliau turut menyeru pembayar zakat agar terus menunaikan tanggungjawab supaya lebih ramai golongan memerlukan dapat dibantu, sekali gus memastikan kebajikan anak-anak istimewa dan keluarga mereka terus terbela.

Untuk rekod, penerima sumbangan pendidikan OKU daripada Zakat Selangor pada tahun ini melibatkan 48 golongan fakir, 156 miskin, dua mualaf dan 1,741 fisabilillah.

Jumlah itu meningkat berbanding 1,684 penerima pada tahun 2025, terdiri daripada 39 fakir, 123 miskin dan 1,522 fisabilillah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619