Dakwa sakit 'sihir', inspektor berdepan lapan pertuduhan cubaan membunuh

16 Apr 2026, 4:31 AM
Dakwa sakit 'sihir', inspektor berdepan lapan pertuduhan cubaan membunuh

SHAH ALAM, 16 APRIL: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret Kuala Lumpur hari ini atas lapan pertuduhan cubaan membunuh anggota polis trafik serta memandu secara melulu.

Tertuduh, Muhammad Kamal Raj Shanmugam Abdullah, 40, bagaimanapun tidak memberikan sebarang pengakuan ketika pertuduhan dibacakan.

Lelaki yang masih bujang itu dilaporkan menghidap skizofrenia.

Ketika prosiding berlangsung, tertuduh dilaporkan berkata, “Saya sakit ‘sihir’, saya tak ingat lah.”

Mengikut pertuduhan, Muhammad Kamal Raj didakwa cuba membunuh dengan melanggar seorang anggota polis trafik menggunakan sebuah kereta jenis Perodua Axia, dengan perbuatan itu diketahui boleh menyebabkan kematian.

Kejadian berkenaan didakwa berlaku di Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur kira-kira jam 10.47 malam pada 10 April lalu.

Susulan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Jika perbuatan tersebut menyebabkan kecederaan, hukuman boleh meningkat sehingga penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619