Dasar sewa kemudian beli bantu warga Selangor miliki rumah

19 Apr 2026, 1:00 AM
Dasar sewa kemudian beli bantu warga Selangor miliki rumah

SHAH ALAM, 19 APR: Program Skim Smart Sewa yang diperkenal sejak 2016 melengkapkan dasar pemilikan rumah melalui pelan pembangunan Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah memberitahu 2,430 unit kediaman telah disediakan bagi membantu golongan yang belum berkemampuan membeli rumah untuk menyewa pada kadar berpatutan.

“Ini menunjukkan dasar sedia ada bukan sahaja memberi fokus kepada pembinaan rumah, malah turut menyediakan mekanisme peralihan ke pemilikan.

Muhammad Ridzuwan Salehhudin, 33, dan isteri, Farihatul Syazween Azrim, 26, menerima kunci rumah menerusi skim Smart Sewa daripada EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah di Pangsapuri Seri Suria, Kota Warisan, Sepang pada 16 April 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

“Gabungan inisiatif seperti Rumah Selangorku dan Skim Smart Sewa membuka lebih banyak laluan kepada rakyat, daripada menyewa kepada memiliki,” katanya.

Beliau menjelaskan skim berkenaan membantu penduduk kurang berkemampuan untuk menyewa pada kadar rendah sambil mengumpul manfaat melalui pulangan semula 30 peratus bayaran sewa.

Pulangan tersebut, menurut wakil rakyat Tanjung Sepat, berupaya membantu golongan berkenaan menyediakan wang pendahuluan untuk pemilikan kediaman sendiri atau keperluan lain.

“Wang sewa itu kita beri balik sebanyak 30 peratus kepada mereka. Ia boleh digunakan untuk bayar guaman beli rumah, buat perpindahan atau apa-apa bayaran yang perlu,” katanya.

Skim yang diurus Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menawarkan kadar sewaan antara RM450 hingga RM700 melalui tempoh maksimum sewaan lima tahun.

LPHS memberi keutamaan penawaran unit kepada peserta skim tersebut untuk membeli Rumah Selangorku.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619