Flotila ke Gaza kembali belayar, 1,000 aktivis sertai misi

16 Apr 2026, 12:00 AM
Flotila ke Gaza kembali belayar, 1,000 aktivis sertai misi
Flotila ke Gaza kembali belayar, 1,000 aktivis sertai misi
Flotila ke Gaza kembali belayar, 1,000 aktivis sertai misi
Flotila ke Gaza kembali belayar, 1,000 aktivis sertai misi

BARCELONA, 16 APRIL: Lebih enam bulan selepas percubaan gagal untuk sampai ke Gaza, “Global Sumud Flotila” (GSF) sekali lagi belayar menuju ke wilayah yang terjejas akibat konflik di Asia Barat, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Selepas tertangguh beberapa hari akibat keadaan cuaca, sebanyak 39 bot yang membawa kira-kira seribu aktivis dari seluruh dunia kini telah belayar dari bandar pesisir pantai Sepanyol, Barcelona, menurut penganjur pada Rabu.

Aktivis pro-Palestin itu berhasrat membuat satu lagi percubaan untuk menembusi sekatan laut Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan puluhan bot serta menghantar bekalan bantuan ke wilayah berkenaan.

Flotila bantuan itu diiringi sebuah kapal milik organisasi bantuan Sepanyol Open Arms serta kapal Arctic Sunrise, sebuah bekas kapal pemecah ais milik kumpulan alam sekitar Greenpeace, menurut laporan.

Pada peringkat pertama pelayaran, flotila itu dijadual merentasi Laut Mediterranean menuju ke Sicily, sebelum bertemu delegasi GSF dari Itali dan Perancis.

Global Sumud Flotila ditubuhkan tahun lalu oleh beberapa rangkaian aktivis antarabangsa. “Sumud” bermaksud ketabahan dalam bahasa Arab.

Israel sebelum ini menggagalkan beberapa percubaan aktivis untuk menembusi sekatan laut ke atas Semenanjung Gaza. Dalam percubaan terdahulu pada musim luruh 2025, GSF - yang kebanyakannya terdiri daripada bot layar persendirian dan bot bermotor - diserbu pasukan khas Israel dan dihalang daripada sampai ke wilayah konflik itu.

Para aktivis, termasuk pempengaruh iklim Sweden Greta Thunberg, telah ditahan sebelum dihantar pulang.

“Kami tidak tahu apa yang akan berlaku. Kami tidak tahu sejauh mana kami akan sampai,” kata pengasas Open Arms Oscar Camps dalam wawancara dengan agensi berita Europa Press.

Beliau berkata tujuan tindakan itu adalah “untuk membawa semula peristiwa di Gaza ke perhatian media kerana ia telah semakin terpinggir daripada liputan”.

Lebih 700 orang telah “terbunuh sepanjang tempoh beberapa bulan gencatan senjata yang sebenarnya bukan gencatan senjata sebenar,” katanya, sambil menambah bahawa “kita mesti menghentikan genosid di sana dan memulakan pembinaan semula Gaza”.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619