14 menara komunikasi di Kuala Pilah pulih selepas gangguan vandalisme, kecurian

14 Apr 2026, 12:42 PM
14 menara komunikasi di Kuala Pilah pulih selepas gangguan vandalisme, kecurian

SEREMBAN, 14 APRIL: Sebanyak 14 menara komunikasi yang terjejas akibat aktiviti vandalisme dan kecurian di Bukit Pilah, Kuala Pilah dipulihkan sepenuhnya, sekali gus mengembalikan perkhidmatan telekomunikasi kepada pengguna di kawasan terlibat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan gangguan itu berpunca daripada kes kecurian beberapa peralatan dari sebuah menara telekomunikasi milik CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) sehingga mengganggu perkhidmatan 2G dan 4G.

Menurut MCMC, insiden itu turut memberi kesan kepada 13 menara komunikasi lain di kawasan berhampiran sehingga lebih 1,668 pengguna daripada pelbagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi terganggu.

“MCMC telah mengadakan lawatan tapak ke lokasi terjejas bersama CelcomDigi dan mendapati beberapa peralatan komunikasi termasuk peralatan seperti Radio Transport System (RTS) dan Baseband Unit (BBU) dicuri.

“Kejadian ini mengakibatkan gangguan perkhidmatan di kawasan berhampiran dan menjejaskan operasi menara komunikasi lain. Pihak CelcomDigi melaksanakan kerja pemulihan dengan mengaktifkan semula menara komunikasi yang terjejas secara berperingkat,” menurut kenyataan itu hari ini.

MCMC turut menyeru orang awam untuk memainkan peranan dengan melaporkan kepada Polis Diraja Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan di sekitar menara komunikasi.

MCMC juga tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan yang menjejaskan infrastruktur komunikasi dan perbuatan vandalisme terhadap kemudahan telekomunikasi adalah kesalahan serius di bawah Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619