SRG kembali puncak MPL selepas kemenangan bersih minggu kedua

13 Apr 2026, 9:23 AM
SRG kembali puncak MPL selepas kemenangan bersih minggu kedua

KUALA LUMPUR, 13 APRIL: Juara empat kali berturut-turut Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL), Selangor Red Giants (SRG) kembali merampas kedudukan pendahulu liga musim ke-17 selepas aksi minggu kedua kejohanan itu.

Kebangkitan SRG hadir susulan aksi cemerlang apabila mencatat kemenangan bersih 2-0 ke atas Bigetron MY (BTRM) dan Team Flash (FL), sekali gus mengumpul empat mata keseluruhan.

Sementara itu, RRQ Tora (RRQ) yang mendahului liga pada minggu lepas, terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua selepas gagal mencatat kemenangan bersih apabila menewaskan Invictus Gaming 2-1 dan AC Esports 2-1 untuk turut mengumpul empat mata.

Invictus Gaming pula berada di kedudukan ketiga dengan dua mata.

Meskipun kedudukan tiga pasukan teratas kekal tidak berubah, persaingan bagi tempat keempat hingga kelapan menyaksikan perubahan ketara.

Team Vamos (VMS) dan Team Rey masing-masing menghuni tangga keempat dan kelima selepas meraih kemenangan pertama, diikuti AC Esports dan Team Flash yang mengutip satu mata.

BTRM pula menghuni tangga tercorot liga selepas gagal mengutip sebarang mata daripada empat perlawanan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619