JPJ saran orang ramai guna perkhidmatan digital, jimat kos petrol

13 Apr 2026, 4:03 AM
JPJ saran orang ramai guna perkhidmatan digital, jimat kos petrol

PUTRAJAYA, 13 APRIL: Orang ramai dinasihat memanfaatkan perkhidmatan digital yang disediakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi melaksanakan urusan tanpa perlu hadir ke kaunter, susulan peningkatan harga minyak ketika ini.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata pendekatan “urusan di hujung jari” bukan sahaja memudahkan pelanggan, malah menjadi langkah praktikal yang dapat membantu rakyat menjimatkan kos petrol, mengurangkan masa perjalanan serta mengelakkan kesesakan di pejabat JPJ.

“Untuk makluman, sebanyak 33 urus niaga boleh dilaksanakan melalui portal rasmi JPJ manakala 16 urus niaga lagi boleh diakses menerusi aplikasi MyJPJ.

“Orang ramai digalakkan untuk menggunakan platform ini bagi urusan yang tidak memerlukan kehadiran fizikal,” katanya menerusi kenyataan.

Aedy Fadly berkata JPJ komited dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat melalui peluasan penggunaan platform digital selaras dengan aspirasi kerajaan ke arah perkhidmatan yang lebih cekap, pantas dan berintegriti.

“Pendekatan ini bukan sahaja menyokong agenda penjimatan tenaga negara, malah memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih pantas, mudah dan mesra rakyat,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619