Pelajar maut dirempuh, pemandu dipercayai tersalah tekan minyak

12 Apr 2026, 2:33 PM
Pelajar maut dirempuh, pemandu dipercayai tersalah tekan minyak

KOTA BHARU, 12 APRIL: Tersalah tekan pedal minyak dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut dirempuh sebuah kereta di hadapan surau perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Mas di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Azmir Damiri berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira 2.15 petang.

Beliau berkata kejadian turut menyebabkan seorang lagi pelajar cedera parah pada badan dan kini dirawat di zon merah Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira 1.50 tengah hari apabila pemandu wanita terbabit dipercayai tertekan pedal minyak lalu terbabas sehingga melanggar dua pelajar yang sedang memakai kasut sekolah di hadapan surau itu serta tiang batu surau terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azmir berkata pelajar yang meninggal dunia itu mengalami cedera parah pada bahagian kepala dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619