MPAJ periksa tandas awam, ikut piawai ditetapkan

12 Apr 2026, 9:59 AM
MPAJ periksa tandas awam, ikut piawai ditetapkan

SHAH ALAM, 12 APRIL: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melakukan pemeriksaan kebersihan tandas awam di beberapa premis sekitar Taman Melawati dan Jalan Kuari, Ampang Jaya pada 6 dan 9 April lalu.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan, pemeriksaan dijalankan bagi menilai tahap kebersihan, penyelenggaraan serta pematuhan premis terhadap piawaian tandas awam yang ditetapkan.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua premis berada dalam keadaan bersih, terurus dan mematuhi keperluan kebersihan yang ditetapkan.

"Ketiga-tiga premis telah menerima penarafan lima bintang," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Menurut MPAJ, kesemua premis yang diperiksa menunjukkan tahap kebersihan yang memuaskan dan mencapai standad yang ditetapkan pihaknya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619