Polis temui bungkusan daun ketum dalam kereta terbabas di LPT2

9 Apr 2026, 10:50 AM
Polis temui bungkusan daun ketum dalam kereta terbabas di LPT2

DUNGUN, 9 APRIL: Polis menemukan beberapa bungkusan dipercayai daun ketum dalam sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 339.9, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat susur keluar Paka di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun DSP Jumaidy Bah Chong Weh berkata dalam kejadian pada 8.30 pagi itu, sebuah kereta Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun terbabas sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kanan.

Beliau berkata kemalangan itu berlaku ketika kereta berkenaan dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan, Pahang.

“Akibat kemalangan itu, pemandu tercampak keluar dari kenderaan dan mangsa cedera pada bahagian kepala serta tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis yang tiba di tempat kejadian menemukan beberapa bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum berada di luar kereta berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut menemukan beberapa lagi bungkusan daun ketum di bahagian but kereta,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata berat keseluruhan dan nilai daun ketum itu masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619