Lampu jalan solar Bukit Dugang tingkat keselamatan penduduk Orang Asli

8 Apr 2026, 11:58 PM
Lampu jalan solar Bukit Dugang tingkat keselamatan penduduk Orang Asli
Lampu jalan solar Bukit Dugang tingkat keselamatan penduduk Orang Asli
Lampu jalan solar Bukit Dugang tingkat keselamatan penduduk Orang Asli
Lampu jalan solar Bukit Dugang tingkat keselamatan penduduk Orang Asli

SHAH ALAM, 9 APRIL: Pemasangan enam unit lampu jalan solar di Kampung Orang Asli Bukit Dugang, Dengkil meningkatkan tahap keselamatan penduduk setempat khususnya pada waktu malam.

EXCO Hal Ehwal Orang Asli Papparaidu Veraman memaklumkan kemudahan itu bukan sahaja memberi pencahayaan malah membantu pergerakan harian komuniti terbabit.

Menurut beliau, pemasangan lampu solar berkenaan turut memberi manfaat kepada anak-anak Orang Asli yang perlu keluar awal pagi ke sekolah dalam keadaan lebih selamat dan selesa.

“Lebih penting, usaha ini membawa mesej jelas bahawa komuniti Orang Asli tidak diketepikan dalam arus pembangunan,” katanya menerusi Facebook semalam.

EXCO Hal Ehwal Orang Asli Papparaidu Veraman merasmikan pemasangan lampu jalan solar Kampung Orang Asli Bukit Dugang, Dengkil pada 8 April 2026. Foto Facebook Papparaidu Veraman

Papparaidu berkata penyediaan kemudahan asas seperti lampu jalan adalah antara usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan kesejahteraan semua lapisan masyarakat.

Beliau menegaskan setiap komuniti termasuk Orang Asli, berhak menikmati kemudahan yang sewajarnya tanpa sebarang jurang pembangunan.

“Kita mahu pastikan setiap lapisan masyarakat menikmati kemudahan asas yang sewajarnya,” katanya lagi.

Dalam masa sama, beliau berharap usaha berkenaan dapat memberi dorongan kepada komuniti Orang Asli untuk terus maju dan berdaya saing.

Papparaidu turut menyatakan sokongan berterusan perlu diberikan agar golongan tersebut mampu melangkah lebih jauh dalam pelbagai bidang.

Menurutnya, komuniti Orang Asli berpotensi menjadi generasi pewaris dan pemimpin masa hadapan negara sekiranya diberikan peluang serta sokongan mencukupi.

Kemudahan lampu jalan solar di Kampung Orang Asli Bukit Dugang, Dengkil yang dirasmikan pada 8 April 2026. Foto Facebook Papparaidu Veraman

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619