46 warga asing ditahan guna kad pengenalan palsu untuk bekerja

8 Apr 2026, 1:09 PM
46 warga asing ditahan guna kad pengenalan palsu untuk bekerja

KLANG, 8 APRIL: Sebanyak 46 warga asing ditahan dalam serbuan Ops Roda di sebuah kilang di Bukit Raja, di sini, kerana disyaki menggunakan MyKad palsu serta dokumen milik individu lain untuk bekerja.

Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Mazhad Abdul Aziz berkata kesemua yang ditahan ialah warga Indonesia dan Filipina berumur antara 20 hingga 45 tahun, dipercayai mendapat dokumen palsu melalui ejen untuk bekerja secara haram.

“Dalam operasi ini, sebanyak 136 individu telah diperiksa dan daripada jumlah itu, 46 warga asing terdiri daripada 25 wanita dan 21 lelaki disyaki menggunakan dokumen tidak sah menyebabkan mereka ditahan.

“JPN kini sedang mengesan dan mengenal pasti ejen terlibat untuk tindakan lanjut termasuk kemungkinan wujud rangkaian sindiket yang mengurus kemasukan serta penempatan pekerja asing menggunakan dokumen palsu,” katanya pada sidang media di sebuah kilang di Bukit Raja, di sini hari ini.

Mazhad berkata operasi hasil risikan selama sebulan yang dijalankan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) itu berdepan cabaran apabila beberapa pekerja cuba melarikan diri serta bersembunyi di dalam kotak untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.

Kes disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619