Bantuan tunai BUDI diesel RM300 mula dikreditkan hari ini

8 Apr 2026, 4:50 AM
Bantuan tunai BUDI diesel RM300 mula dikreditkan hari ini

SHAH ALAM, 8 APRIL: Kerajaan mula menyalurkan Bantuan Tunai BUDI MADANI Diesel sebanyak RM300 kepada penerima yang layak bermula hari ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata bantuan itu diberikan susulan tekanan kenaikan harga diesel yang memberi kesan kepada rakyat.

"Bantuan tunai RM300 BUDI MADANI Diesel turut merangkumi tambahan interim RM100 bagi membantu rakyat menghadapi situasi semasa.

"Ketika dunia masih berdepan tekanan krisis tenaga, kerajaan memilih untuk melindungi rakyat melalui pemberian bantuan," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurutnya, bantuan tambahan RM100 itu bersifat sementara dan akan dinilai setiap bulan berdasarkan perkembangan semasa pasaran tenaga global serta kedudukan fiskal negara.

Program di bawah inisiatif BUDI MADANI itu bertujuan memastikan golongan terkesan terus menerima sokongan kewangan khususnya melibatkan kos bahan api diesel.

Orang ramai boleh membuat permohonan serta mendapatkan maklumat lanjut melalui laman sesawang rasmi program berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619