Selangor Saring bantu kesan awal penyakit, saringan percuma diteruskan

7 Apr 2026, 11:36 AM
Selangor Saring bantu kesan awal penyakit, saringan percuma diteruskan
Selangor Saring bantu kesan awal penyakit, saringan percuma diteruskan
Selangor Saring bantu kesan awal penyakit, saringan percuma diteruskan
Selangor Saring bantu kesan awal penyakit, saringan percuma diteruskan
Selangor Saring bantu kesan awal penyakit, saringan percuma diteruskan

SHAH ALAM, 7 APR: Program Selangor Saring kekal sebagai inisiatif utama Kerajaan Selangor dalam mempergiat usaha pencegahan dan pengesanan awal penyakit melalui saringan percuma kepada rakyat.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berkata program itu membantu mengesan awal penyakit seperti barah, jantung, diabetes dan hipertensi.

Beliau berkata Bantuan Sihat Selangor turut disediakan bagi meringankan beban pesakit melalui pembiayaan rawatan, peralatan dan ubat-ubatan, khususnya bagi penyakit tidak berjangkit.

“Selain itu, Iltizam Selangor Sihat (ISS) diperkenalkan bagi membantu golongan layak termasuk warga emas mendapatkan akses penjagaan asas seperti vaksinasi.

“Justeru, semepna Hari Kesihatan Sedunia, rakyat digesa mengamalkan gaya hidup sihat serta menjalani pemeriksaan berkala kerana pencegahan adalah langkah terbaik ke arah kesejahteraan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, Selangor sebagai negeri paling padat dengan lebih tujuh juta penduduk berdepan cabaran besar dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Katanya, antara cabaran utama ialah peningkatan penyakit tidak berjangkit, kos rawatan yang semakin tinggi serta keperluan memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap gaya hidup sihat.

“Dalam masa sama, aspek kesihatan mental turut diperkasa menerusi Talian SEHAT sebagai saluran bantuan psikososial, rawatan psikiatri bersubsidi serta kaunseling percuma melalui Kaunselor Hab SEHAT.

“Program rintis sokongan rakan sebaya, Peer-Z di sekolah juga diperkenalkan bagi membantu remaja mengurus kesihatan mental dengan lebih baik,” katanya.

Hari Kesihatan Sedunia yang disambut setiap 7 April merupakan inisiatif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi meningkatkan kesedaran terhadap isu kesihatan global serta menggalakkan tindakan kolektif menanganinya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619