Pulau Pinang negeri ketujuh terima jemputan rasmi SUKMA Selangor 2026

7 Apr 2026, 10:25 AM
Pulau Pinang negeri ketujuh terima jemputan rasmi SUKMA Selangor 2026
Pulau Pinang negeri ketujuh terima jemputan rasmi SUKMA Selangor 2026
Pulau Pinang negeri ketujuh terima jemputan rasmi SUKMA Selangor 2026

SHAH ALAM, 7 APR: Pulau Pinang menjadi negeri ketujuh dikunjungi delegasi SUKMA Selangor 2026 dan Para SUKMA bagi menyampaikan jemputan rasmi temasya dwitahunan itu.

EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi berkata lawatan berkenaan merupakan sebahagian tradisi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) serta bertujuan memperkukuh kerjasama antara negeri yang akan mengambil bahagian.

“Persiapan sebagai tuan rumah kini giat dilaksanakan dan telah memasuki fasa akhir, dengan semua aspek termasuk logistik, fasiliti sukan, penginapan atlet serta penyelarasan teknikal diperkemas secara menyeluruh bagi memastikan kelancaran penganjuran.

“Selain itu, surat jemputan rasmi turut diserahkan sebagai tanda terima kasih dengan pengesahan Pulau Pinang untuk menyertai SUKMA edisi ke-22 & PARA SUKMA Selangor nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Delegasi itu diketuai oleh Mohd Najwan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA 2026, Dato’ Mohd Yazid Sairi; Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor, Mohamad Nizam Marjugi.

Ketibaan mereka disambut EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Harry Chai Heng Hua serta pegawai berkaitan.

Sementara itu, Daniel turut menegaskan Pulau Pinang komited menyokong kejayaan penganjuran SUKMA Selangor 2026, sekali gus memastikan pembangunan bakat muda negara terus diperkasa melalui platform sukan berprestij tersebut.

SUKMA ke-22 dijadual berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos 2026 dengan upacara perasmian di Litar Antarabangsa Sepang manakala Para SUKMA akan diadakan dari 15 hingga 20 September 2026.

Sebanyak 474 acara melibatkan 37 sukan akan dipertandingkan di sembilan daerah dengan 52 venue, manakala Para SUKMA membabitkan 10 sukan dan 316 acara di Petaling dan Klang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619