LIMAS bersama pelbagai agensi lawat Maktab PDRM KL, bincang naik taraf fasiliti

7 Apr 2026, 9:28 AM
LIMAS bersama pelbagai agensi lawat Maktab PDRM KL, bincang naik taraf fasiliti

SHAH ALAM, 7 APRIL: Pelbagai pihak berkepentingan termasuk melawat tapak Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di ibu negara, pagi tadi bagi memperhalusi cadangan projek menaik taraf fasiliti berkenaan.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS) berkata lawatan itu bertujuan meneliti isu-isu berbangkit dan penyelesaian terbaik dengan mengambil kira aspek keselamatan, kepentingan awam serta sensitiviti komuniti setempat.

"Pendekatan libat urus seperti ini amat penting bagi memastikan setiap keputusan dibuat secara inklusif, berhemah dan seimbang, selain memperkukuh persefahaman antara semua pihak berkepentingan," kata V Papparaidu dalam hantaran di Facebook.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS) V Papparaidu dibawa meninjau kawasan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur pada 7 April 2026. Foto Facebook Papparaidu Veraman

Selain LIMAS, lawatan pag tadi turut disertai wakil Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Ahli Majlis, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Unit Tanah dan Penswastaan Kementerian Dalam Negeri, serta pihak pengurusan Kuil Sri Maha Veppang Karumariamman dan Malaysia Hindu Sangam.

Turut hadir, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dr Che Ghazali Che Awang, Ajutan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Superintendan Shahrizal Ajmil serta pegawai kanan lain.

Dalam masa sama, Papparaidu berkata lawatan tapak itu turut memberi peluang kepada semua pihak menilai keadaan sebenar di lokasi bagi menyokong proses membuat keputusan yang lebih tepat dan menyeluruh.

"Diharapkan agar usaha ini dapat menghasilkan penyelesaian yang konstruktif dan mampan demi menjamin keselamatan, serta mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619