Anak Tun Daim tiba di Mahkamah Kuala Lumpur

7 Apr 2026, 1:21 AM
Anak Tun Daim tiba di Mahkamah Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 7 APRIL: Anak perempuan bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengisytiharkan harta.

Asnida Abdul Daim, yang memakai kemeja biru gelap tiba di pekarangan kompleks mahkamah pada 8.40 pagi dengan diiringi ahli keluarganya.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadapnya akan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad pada 9 pagi.

Semalam, media melaporkan peguam Yu Ying Ying yang mewakili Asnida berkata SPRM memaklumkan anak guamnya akan didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009.

Yu memberitahu media bahawa SPRM mengambil keterangan Asnida di Ibu Pejabat SPRM kira-kira lima jam bermula 10 pagi semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619