Krisis global: Pakar kongsi lima tabiat penting urus kewangan

5 Apr 2026, 6:14 AM
Krisis global: Pakar kongsi lima tabiat penting urus kewangan

SHAH ALAM, 5 APR: Rakyat Malaysia perlu mengamalkan lima tabiat utama untuk menjimatkan wang, termasuk mengurangkan perbelanjaan tidak perlu dan menjadikan liabiliti sebagai sumber pendapatan, susulan ketidaktentuan ekonomi akibat konflik Asia Barat, kata pakar kewangan Azizul Azli Ahmad.

Beliau berkata dalam situasi krisis, pengguna perlu menyusun semula kewangan terutama melibatkan komitmen besar seperti bayaran ansuran rumah dan kenderaan.

“Ramai terlalu fokus mengurangkan perbelanjaan kecil seperti makan di luar, sedangkan masih menanggung komitmen besar melebihi kemampuan.

“Contohnya, bayaran kereta antara RM1,500 hingga RM1,800 sebulan, manakala rumah pula RM3,000 hingga RM8,000 sebulan. Ini tidak sepadan dengan jumlah simpanan.

“Jika perlu, susun semula pinjaman, kurangkan komitmen atau lepaskan aset yang membebankan bagi memastikan aliran tunai lebih sihat,” katanya kepada Sinar Ahad.

Beliau turut mencadangkan supaya liabiliti dijadikan aset yang menjana pendapatan.

“Sebagai contoh, rumah boleh disewakan, manakala kereta yang jarang digunakan boleh dijadikan kenderaan e-hailing atau disewakan.

“Elakkan membuat komitmen baharu, ubah persekitaran sosial kepada yang lebih positif, dan sediakan dana kecemasan yang mudah diakses,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619