MPKL sita premis jual ayam tanpa lesen

3 Apr 2026, 7:02 AM
MPKL sita premis jual ayam tanpa lesen
MPKL sita premis jual ayam tanpa lesen

SHAH ALAM, 3 APR: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menyita premis yang menjalankan aktiviti penjualan dan pemprosesan ayam hidup tanpa kebenaran di Telok Panglima Garang.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan tindakan diambil hasil aduan awam serta pemantauan berterusan di kawasan Kampung Kebun Baru.

Menurut MPKL, sitaan dilaksanakan mengikut Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian MDKL 2007 kerana premis terbabit didapati beroperasi tanpa lesen atau kelulusan rasmi.

“Barangan turut disita di bawah Undang-Undang Kecil 38(1), undang-undang kecil sama,” menurut kenyataan menerusi hantaran di Facebook.

MPKL menegaskan akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan bagi memastikan semua premis mematuhi peraturan.

Langkah itu juga penting dalam menjamin tahap kebersihan, keselamatan serta kesejahteraan persekitaran awam sentiasa terpelihara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619