MPAJ sita 20 objek halang parkir, keluar 67 kompaun di Pandan Perdana

3 Apr 2026, 3:40 AM
MPAJ sita 20 objek halang parkir, keluar 67 kompaun di Pandan Perdana

SHAH ALAM, 3 APRIL: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melalui Jabatan Penguatkuasaan menyita 20 objek yang menghalang petak parkir awam dalam operasi di sekitar kawasan perniagaan Pandan Perdana, semalam.

Dalam operasi sama, pihak berkuasa mengeluarkan 67 kompaun terhadap individu atau pihak yang meletakkan objek berkenaan sehingga menjejaskan orang awam menggunakan kemudahan parkir awam.

“Sitaan dan kompaun dikenakan terhadap pihak yang didapati meletakkan objek bagi menghalang petak parkir awam sehingga menjejaskan penggunaan bersama,” menurut kenyataan MPAJ yang dimuat naik di Facebook.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menjalankan tindakan sitaan dan pengeluaran kompaun terhadap pihak yang menghalang petak parkir awam di Pandan Perdana, Ampang Jaya pada 2 April 2026. Foto Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi

MPAJ menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan diteruskan secara berkala bagi memastikan penggunaan kemudahan awam adil serta mengekalkan keselamatan dan ketenteraman kawasan.

Orang ramai yang mempunyai aduan atau maklumat boleh menyalurkannya melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) MPAJ atau menghubungi talian 1-800-22-8100.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619