SHAH ALAM, 2 APRIL: Program berteraskan pendidikan Islam seperti Mahrajan Adni perlu terus diperkasa bagi melahirkan generasi muda yang seimbang segi ilmu dan sahsiah.
EXCO Belia Mohd Najwan Halimi berkata program sedemikian menjadi platform menghimpunkan murid dalam aktiviti berteraskan pendidikan Islam seperti tilawah, hafazan, seni khat dan nasyid, yang menonjolkan bakat serta penghayatan nilai murni.
“Semalam saya sempat merasmikan Majlis Penutupan Program Mahrajan Adni Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Peringkat Zon (PPDPP) 2026 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 7, Shah Alam.
"Program seperti ini bukan sahaja mampu mengasah kemahiran, malah turut membentuk jati diri, disiplin dan keyakinan pelajar melalui penglibatan aktif di luar bilik darjah.
"Semoga inisiatif ini terus diperkasakan dalam usaha melahirkan generasi muda yang seimbang daripada segi ilmu, sahsiah dan jati diri," katanya di Facebook.










