Kandang lembu bawah jambatan lebuh raya, MPSepang keluar notis kacau ganggu

2 Apr 2026, 12:31 PM
Kandang lembu bawah jambatan lebuh raya, MPSepang keluar notis kacau ganggu

SHAH ALAM, 2 APR: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengeluarkan notis kacau ganggu terhadap sebuah kandang lembu yang didapati beroperasi di bawah jambatan Lebuhraya PLUS (Putrajaya Link).

Menurut MPSepang, tindakan itu diambil susulan operasi pemantauan, lawatan tapak dan pengurusan aduan awam di sekitar Cyberjaya hingga Pulau Meranti, Puchong.

"Tugasan ini memberi tumpuan kepada lawatan tapak bersama Yang Dipertua, Jabatan Bangunan, Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Kejuruteraan serta Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Sepang ke kandang lembu.

"Di samping itu, pengurusan aduan awam serta urusan pentadbiran jabatan dilaksanakan bagi memastikan setiap aduan diambil tindakan sewajarnya mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Dr Ani Ahmad bersama anggota penguat kuasa MPSepang meninjau kandang lembu yang didapati beroperasi di bawah jambatan Lebuhraya PLUS (Putrajaya Link) di Cyberjaya pada 30 Mac 2026. Foto Facebook Majlis Perbandaran Sepang

Sepanjang operasi tersebut, satu notis kacau ganggu dikeluarkan di bawah Seksyen 81 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) terhadap premis berkenaan.

MPSepang menjelaskan tindakan penguatkuasaan itu diambil susulan kesalahan melibatkan kacau ganggu dan kepentingan awam, khususnya terhadap premis yang beroperasi tanpa mematuhi peraturan.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan persekitaran serta tidak menjalankan sebarang aktiviti yang boleh menimbulkan kacau ganggu, selain mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619