Selangor siap sedia hadapi lonjakan kos SUKMA susulan konflik Asia Barat

2 Apr 2026, 6:11 AM
Selangor siap sedia hadapi lonjakan kos SUKMA susulan konflik Asia Barat
Selangor siap sedia hadapi lonjakan kos SUKMA susulan konflik Asia Barat
Selangor siap sedia hadapi lonjakan kos SUKMA susulan konflik Asia Barat
Selangor siap sedia hadapi lonjakan kos SUKMA susulan konflik Asia Barat

SHAH ALAM, 2 APR: Kerajaan Selangor bersiap siaga menghadapi kemungkinan peningkatan kos penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 susulan ketidaktentuan global akibat konflik di Asia Barat, kata EXCO Sukan.

Mohd Najwan Halimi berkata Sekretariat SUKMA Selangor akan membawa isu kenaikan kos logistik, khususnya melibatkan bahan api ke mesyuarat jawatankuasa tertinggi SUKMA yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan Dr Mohamed Taufiq Johari dalam masa terdekat.

EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi bercakap kepada media selepas majlis pelancaran semula Pasaraya Giant Seksyen 13, Shah Alam pada 2 April 2026.. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Buat masa ini jika kenaikan harga diesel mendadak, Kerajaan Negeri perlu menanggung kos dan ia akan menjadi cabaran besar, namun perbelanjaan penginapan atlet serta pegawai tidak akan terjejas.

“Situasi luar jangka ini sukar diramal dan bergantung kepada keputusan di peringkat Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Belia dan Sukan. Jadi, Selangor akan mendapatkan pandangan daripada jawatankuasa tertinggi berhubung implikasi kenaikan ini,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Semula Pasaraya Giant di Stadium Shah Alam, hari ini.

EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi melihat harga barang selepas pelancaran semula Giant Hypermarket Seksyen 13, Shah Alam pada 2 April 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Dalam pada itu, Najwan memberi jaminan persiapan penganjuran temasya dwitahunan itu kekal berjalan lancar mengikut jadual tanpa sebarang gangguan setakat ini.

“Tiada sebarang tuntutan untuk menangguhkan penganjuran SUKMA di Selangor susulan konflik yang berlaku,” katanya.

SUKMA ke-22 dijadual berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos 2026 dengan upacara perasmian di Litar Antarabangsa Sepang, manakala Para SUKMA akan diadakan dari 15 hingga 20 September 2026.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619