PM: Petronas bantu sedia bekalan minyak, gas sehingga Mei

1 Apr 2026, 1:46 PM
PM: Petronas bantu sedia bekalan minyak, gas sehingga Mei
PM: Petronas bantu sedia bekalan minyak, gas sehingga Mei
PM: Petronas bantu sedia bekalan minyak, gas sehingga Mei

KUALA LUMPUR, 1 APRIL: Perancangan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membantu kerajaan dalam menyediakan bekalan minyak dan gas yang mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita ucap terima kasih kerana perancangan Petronas dapat membantu kita kerana menyediakan minyak, gas yang mencukupi sekurang-kurangnya melangkau sehingga Mei dan ini sangat membantu rakyat dan negara.

“Langkah ini sangat membantu rakyat dan negara,” kata Anwar menerusi video taklimat ringkas hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata usaha itu turut melibatkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara selain mendapat bantuan daripada tokoh yang sangat berwibawa untuk membantu dalam bidang itu.

“Kita telah mengadakan beberapa program khas baik Jemaah Menteri, jawatankuasa khas supaya penggunaan bahan api itu terkawal dan bekalan tenaga terjamin,” kata Anwar.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata kerajaan telah mengumumkan untuk mengambil langkah awal termasuk sambutan Aidilfitri yang lebih terkawal.

“Kerajaan akan mengurangkan dengan langkah penjimatan dan sambutan yang jauh lebih sederhana,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619