Rebat elektrik April turun, kadar AFA kini 0.47 sen/kWj

31 Mac 2026, 3:15 PM
Rebat elektrik April turun, kadar AFA kini 0.47 sen/kWj

KUALA LUMPUR, 31 MAC: Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan kadar Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bagi April, dengan pengguna bakal menerima rebat yang sedikit rendah kepada 0.47 sen bagi setiap kilowatt jam (kWj).

Dalam hantaran di ‘X’, TNB berkata AFA bagaimanapun tidak tertakluk kepada pelanggan domestik dengan penggunaan 600 kWj dan ke bawah iaitu dengan jumlah bil kira-kira RM215.98.

Sementara itu, menerusi laman sesawangnya, TNB memaklumkan AFA akan tertera setiap bulan dalam bil elektrik sekiranya terdapat perubahan pada harga pasaran bahan api dan kadar pertukaran mata wang asing.

Syarikat utiliti itu juga memberitahu unjuran kadar AFA untuk tiga bulan bagi Mei (-0.39 sen/kWj), Jun (-0.91 sen/kWj) dan Julai (+0.08 sen/kWj) yang dikemas kini setakat 30 Mac, 2026.

"Pengisytiharan kadar AFA (dalam unit sen/kWj) adalah berdasarkan pengesahan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) atau seperti yang dimaklumkan secara rasmi melalui keputusan Menteri," katanya.

AFA merupakan mekanisme yang diselaraskan berdasarkan kos pasaran bahan api (gas, arang batu dan lain-lain) dan kadar pertukaran asing, menggantikan mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebelum ini, yang digunakan sebagai mekanisme untuk mengira bil elektrik.

Pada 9.23 malam, harga minyak mentah Brent meningkat 4.10 peratus kepada US$117.4 setong.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619