MPAJ segera bertindak, KDEBWM bersih longkang tersumbat di Pandan Indah

31 Mac 2026, 4:01 AM
MPAJ segera bertindak, KDEBWM bersih longkang tersumbat di Pandan Indah

SHAH ALAM, 31 MAC: KDEB Waste Management (KDEBWM) melaksanakan pembersihan longkang tersumbat di kawasan penjaja Pandan Indah susulan tindakan segera Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi menangani risiko kebersihan dan kesihatan awam.

MPAJ memaklumkan semakan lapangan oleh Jabatan Penguatkuasaannya mendapati longkang di kawasan berkenaan berada dalam keadaan kotor dan tersumbat, sekali gus menjejaskan aliran air.

"Keadaan itu turut berpotensi mengundang pembiakan serangga serta menjejaskan kebersihan persekitaran.

"Susulan itu, kerja pembersihan dilaksanakan bagi memastikan sistem saliran kembali berfungsi dengan baik selain menjamin persekitaran lebih bersih dan selamat," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Keadaan longkang di kawasan penjaja Pandan Indah yang didapati kotor dan tersumbat sebelum kerja pembersihan dilaksanakan. Foto Facebook MPAJ

Pada masa sama, MPAJ turut menasihatkan peniaga serta orang awam supaya tidak membuang sisa ke dalam longkang bagi mengelakkan masalah sama berulang.

Tegasnya, pemantauan dan tindakan berterusan akan dipergiat bagi memastikan kawasan kekal bersih, selamat dan sejahtera.

Orang ramai juga boleh menyalurkan aduan atau maklumat berkaitan melalui sistem SISPAA MPAJ atau talian yang disediakan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619