Tiada ancaman tsunami di Malaysia susulan gempa bumi di Indonesia

29 Mac 2026, 12:52 AM
Tiada ancaman tsunami di Malaysia susulan gempa bumi di Indonesia

SHAH ALAM, 29 MAC: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengesahkan tiada ancaman tsunami di Malaysia susulan gempa kuat bermagnitud 6 di Laut Banda, Indonesia, awal pagi tadi.

Ketua Pengarahnya, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata pusat gempa bumi terletak 7.9° selatan dan 127.8° timur dengan kedalaman 173 kilometer (km).

"Kejadian berlaku 467km selatan dari Ambon, Indonesia, pada jam 2.38 pagi tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Gempa bumi kuat telah berlaku di Laut Banda, Indonesia pada jam 2:38 pagi, 29 Mac 2026.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619