Bertengkar angkara telefon bimbit, lelaki maut ditikam guna parang

12 Mac 2026, 1:06 AM
Bertengkar angkara telefon bimbit, lelaki maut ditikam guna parang

MELAKA, 12 MAC: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas dipercayai bertengkar dengan seorang kenalannya di Kampung Sungai Udang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, mangsa ditemukan terlantar di beranda rumahnya dengan tiga kesan tikaman pada bahagian dada.

"Kejadian berkenaan disedari abang mangsa selepas mendengar pergaduhan antara mangsa dengan suspek lelaki berusia 44 tahun, yang melarikan diri kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati suspek datang ke rumah mangsa untuk mengambil semula telefon bimbitnya, namun berlaku pertengkaran dengan mangsa.

"Dalam pergelutan itu, mangsa dipercayai ditikam pada dada kiri menggunakan parang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, di sini.

Mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619