SELANGOR

MB hadir serikan Forum Perdana Hal Ehwal Islam

1 Mac 2019, 3:17 AM
MB hadir serikan Forum Perdana Hal Ehwal Islam
MB hadir serikan Forum Perdana Hal Ehwal Islam
MB hadir serikan Forum Perdana Hal Ehwal Islam

OLEH SHEEDA FATHIL

BANGI, 1 MAC : Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Masjid Bandar Seri Putra, di sini berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 1,000 orang awam, malam tadi.

Forum Perdana yang mengupas topik 'Selangkah Seiringan' itu diserikan lagi dengan kehadiran Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari bersama isterinya Masdiana Muhamad.

Ia turut menampilkan dua panel pendakwah iaitu Ustaz Roslan Mohamed dan Ustaz Fauwaz Fadzil serta Moderator oleh Ustaz Mohd Hariri Daud.

Forum anjuran bersama Kerajaan Negeri dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Menariknya, topik 'Selangkah Seiringan' turut membincangkan berkenaan Islam tidak menggalakkan perpecahan atau permusuhan sesama kaum sebaliknya perlu bersatu hati dan jiwa.

Malah, umat Islam juga perlu diingatkan untuk mempunyai matlamat jelas dalam hidup dan selalu bermuhasabah diri.

Selain itu, topik itu juga menyentuh berkenaan menasihati pemimpin untuk merujuk kepada para ulama sekiranya mahukan sesebuah negara itu aman.

Malah, umat Islam juga digalakkan untuk tidak meninggi diri sebaliknya perlu membuang kesombongan sekali gus hati menjadi tenang.

Terdahulu, Masjid Bandar Seri Putra itu pernah dianugerahkan sebagai masjid terbaik di Selangor pada 2017 dan diiktiraf sebagai Masjid Mesra Orang Kelainan Upaya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619