AGENDA

Kerjasama Shopee, Lazada bantu peniaga kompleks PKNS

3 Sep 2021, 1:53 AM
Kerjasama Shopee, Lazada bantu peniaga kompleks PKNS

SHAH ALAM, 3 SEPT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan bekerjasama dengan Shopee dan Lazada bagi mempromosikan produk peniaga di Kompleks PKNS Kuala Selangor.

Dato' Menteri Besar berkata kerjasama itu dicadangkan berikutan penyedia platform e-dagang itu menjadi trend pembelian pada masa kini.

Dato' Seri Amirudin Shari turut menjelaskan penganjuran jualan penghabisan stok juga boleh dirancang sebagai langkah membantu peniaga berkenaan.

"Kursus-kursus perniagaan secara dalam talian juga boleh diberikan kepada peniaga sebagai persediaan bagi menjalankan perniagaan di waktu pendemik ini," katanya.

Amirudin menjawab soalan wakil rakyat Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berhubung perancangan Kerajaan Negeri untuk membantu peniaga dapat terus menjalankan perniagaan pada sidang Dewan Negeri Selangor.

Pada 23 Jun lalu, Amirudin mengumumkan empat kempen e-dagang Kerajaan Negeri menghasilkan kesan ekonomi RM2.95 bilion kepada negeri serta RM144.7 juta jualan terus.

Kempen dengan kerjasama Shopee dan Lazada yang membabitkan pelaburan RM7 juta turut menarik 294,119 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk 74,837 peniaga baharu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619