AGENDA

MBI sumbang 100 pek makanan kepada kelab Media Selangor

2 Sep 2021, 6:21 AM
MBI sumbang 100 pek makanan kepada kelab Media Selangor

SHAH ALAM, 2 SEPT: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbang 100 bakul makanan kepada Kelab Rekreasi Sukan dan Kebajikan Media Selangor (KERISEMAS) hari ini.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Ahmad Azri Zainal Nor berkata sumbangan merupakan kesinambungan bantuan terutama kepada golongan memerlukan dan terjejas sepanjang pandemik Covid-19.

"Ketika ini kita tidak boleh menjalankan aktiviti bersemuka atau akademik bersama orang awam jadi ini cara kita mendekati masyarakat.

"Bakul ini mengandungi makanan asas seperti beras, minyak, gula dan bihun dengan anggaran RM70 setiap satu," katanya selepas majlis penyerahan di pejabat Media Selangor Sdn Bhd (MSSB).

Sementara itu, Pengerusi KERISEMAS Badrul Hisyam Mohamed berkata bakul makanan diagihkan mulai hari ini dan tidak hanya tertumpu kepada kakitangan MSSB sahaja.

"Kita juga serahkan kepada orang awam berpendapatan rendah (B40) selain bekas kakitangan MSSB yang terkesan wabak.

"Program ini merupakan percubaan KERISEMAS menyantuni masyarakat dan akan diteruskan pada masa hadapan, tidak tertumpu ketika penularan pandemik ini sahaja," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619