ADN

DUN Kota Anggerik pelawa penduduk mohon data internet percuma

29 Ogos 2021, 2:45 AM
DUN Kota Anggerik pelawa penduduk mohon data internet percuma

SHAH ALAM, 29 OGOS: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik mempelawa penduduk kawasannya memohon data internet percuma selama 12 bulan.

Wakil Rakyat Najwan Halimi berkata permohonan Data Internet Selangor itu terhad kepada 200 orang sahaja dan boleh dimohon secara dalam talian.

"Permohonan tawaran Data Internet Selangor secara percuma selama setahun khas buat penduduk Kota Anggerik.

"Keutamaan diberikan kepada golongan pelajar, peniaga secara dalam talian, penunggang e-panggilan, belia dan ibu tunggal," katanya menerusi Facebook.

Orang ramai boleh memohon dengan mengimbas kod QR di poster atau layari https://forms.gle/eb1ESaHcF8Lrhmb9A.

Pada 4 Ogos, Dato’ Menteri Besar memaklumkan seramai 70,000 rakyat negeri ini bakal menikmati kad modul pengenalan pelanggan (SIM) dilengkapi data internet percuma selama 12 bulan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu menyasar pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor, peminjam Yayasan Selangor, mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor dan Universiti Selangor.

Manfaat tersebut turut dinikmati pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor , peniaga dalam talian bawah e-Bazar Selangor, petani dan ibu tunggal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619