AGENDA

Lebih 120,000 dos Selvax diberi kepada warga asing

27 Ogos 2021, 6:56 AM
Lebih 120,000 dos Selvax diberi kepada warga asing

SHAH ALAM, 27 OGOS: Sebanyak 120,030 dos Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti dan Selvax Industri diberikan kepada warga asing setakat hari ini, kata EXCO Kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata selain Selvax, seramai 333,847 warga asing yang berdaftar dengan MySejahtera telah lengkap dua dos dan 597,724 lagi menerima dos pertama.

"Kerajaan Negeri tetap mengambil berat kesejahteraan warga asing kerana golongan ini juga sebahagian daripada komuniti selain turut menyumbang kepada ekonomi Selangor.

"Selvax Industri merupakan inisiatif Selangor bagi melengkapi usaha kerajaan persekutuan untuk mempercepat suntikan dalam kalangan warga asing," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat berhubung program vaksinasi warga asing pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Siti Mariah memaklumkan antara cabaran yang dihadapi dalam pemberian suntikan kepada warga asing adalah ketiadaan dokumen sah menyebabkan golongan itu tidak mahu mengambil vaksin.

"Malah terdapat warga asing yang mempunyai dokumen dengan nombor pasport yang sama tetapi negara berlainan.

"Masalah lain adalah janji temu suntikan warga asing diberikan secara berkumpulan besar menyebabkan kesesakan pusat pemberian vaksin (PPV) termasuk warga yang sedang dalam kuarantin tetapi hadir ke PPV," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619