AGENDA

Muhyiddin harap kerajaan baharu segera dibentuk, elak program vaksin terjejas

16 Ogos 2021, 7:47 AM
Muhyiddin harap kerajaan baharu segera dibentuk, elak program vaksin terjejas

SHAH ALAM, 16 OGOS: Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kerajaan baharu dibentuk segera supaya pentadbiran negara terutama pemulihan ekonomi dan pemberian vaksin tidak terganggu.

Bekas perdana menteri berkata tempoh dua bulan mendatang penting kerana Malaysia dijangka mencapai imuniti kelompok pada Oktober berdasarkan perancangan dalam Pelan Pemulihan Negara.

"Sektor-sektor ekonomi perlu dibuka semula untuk memastikan ekonomi negara dapat pulih dengan segera dan rakyat dapat menjana pendapatan untuk menyara diri dan keluarga," katanya dalam pengumuman rasmi peletakan jawatan itu hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan pimpinannya telah lakukan yang terbaik menyelamat dan melindungi nyawa rakyat dalam krisi pandemik.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon keampunan atas segala kekhilafan dan kelemahan saya sepanjang saya menjadi perdana menteri," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619