AGENSI

LUAS kesan kilang punca ratusan ikan mati di Sungai Penchala

14 Ogos 2021, 1:43 PM
LUAS kesan kilang punca ratusan ikan mati di Sungai Penchala

SHAH ALAM, 14 OGOS: Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengesan sebuah kilang disyaki melepaskan bahan kimia hingga mengakibatkan ratusan ikan mati di Sungai Penchala, Petaling Jaya kelmarin.

Agensi itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan longkang di premis berhampiran Jalan Professor Koy Khee Kim yang beroperasi pada jarak 165 meter dari sungai terbabit juga masih keruh.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kilang tersebut melepaskan efluen mentah ke longkang setelah ujian pH

yang dibuat merekodkan bacaan 10. Pensampelan efluen dibuat di tapak bagi analisa lanjut," katanya.

"Jabatan Perikanan Selangor turut mengambil sampel ikan dan air sungai manakala Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara memeriksa loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium yang berhampiran."

Luas berkata tindakan lanjut akan diambil mengikut Seksyen 79(1)(a) Enakmen LUAS (Pindaan) 2020 iaitu penjara tidak lebih tiga tahun dan denda tidak kurang RM200,000 atau lebih RM1 juta jika sabit kesalahan.

Agensi itu turut menyeru masyarakat segera membuat aduan jika ternampak aktiviti yang disyaki berpotensi menyebabkan pencemaran.

Pada 12 Ogos, Luas memaklumkan menerima maklumat daripada Jabatan Alam Sekitar Selangor susulan

kejadian ikan mati dengan jumlah yang banyak di Sungai Penchala.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619