AGENDA

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Selangor antara terendah

5 Ogos 2021, 2:53 PM
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Selangor antara terendah

SHAH ALAM, 5 Ogos: Kadar kebolehjangkitan (RT) Covid-19 di Selangor setakat semalam adalah yang ke-11 dalam negara meskipun lebih 8,000 kes dilaporkan.

Ketua pengarah kesihatan berkata kadar RT di Selangor adalah 1.08 iaitu lebih rendah jika dibanding Kelantan, Terengganu dan Perak.

"Berdasarkan data terkini pada 4 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.07. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Kelantan (1.31) diikuti oleh Terengganu (1.26), dan Perak (RT 1.22).

"Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Perlis, dan Wilayah Persekutuan Labuan," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan, hari ini.

Menerusi perkongsian jadual nilai RT negeri-negeri lain adalah Pahang (1.22), Pulau Pinang (1.19), Sabah (1.17), Kedah (1.16), Johor (1.14), Kuala Lumpur (1.13), Sarawak (1.11), Putrajaya (1.08) dan Melaka (1.06).

Sementara itu, menerusi kenyataan sama, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 164 kematian dilapor hari ini dengan angka korban akibat Covid-19 paling ramai di Selangor dengan 45 kematian.

Katanya, daripada 164 kematian, sebanyak 22 kes melibatkan kematian sebelum tiba ke hospital (BID) dengan jumlah tertinggi adalah di negeri ini dengan sembilan kes.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619