ADN

Sasar 1,000 penduduk DUN Sungai Panjang dapat vaksin Selangor

31 Jul 2021, 10:24 AM
Sasar 1,000 penduduk DUN Sungai Panjang dapat vaksin Selangor

SABAK BERNAM, 31 JULAI: Hampir 1,000 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang disasar menerima suntikan bawah program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti.

Penyelaras DUN Sungai Panjang berkata program selama dua hari bermula semalam di Dewan Maktab Rendah Sains Mara Sungai Besar memanfaatkan 500 individu setakat ini.

"Insya-Allah kita sasarkan sehingga tamat program ini mungkin boleh capai 1,000 penduduk divaksin.

"Pada awalnya kita terima 2,300 pendaftaran menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) tetapi kehadiran berkurang mungkin ramai sudah dapat janji temu dari MySejahtera," kata Zainol Azmi Abd Rahman.

Beliau yang ditemui pada program tersebut menambah tiada syarat khusus ditetapkan untuk menerima suntikan bawah Selvax, sebaliknya terbuka kepada warga Selangor terutama penduduk Sungai Panjang.

Kerajaan Negeri menyediakan dua juta dos vaksin kepada pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Selvax Komuniti pula memanfaatkan 250,000 rakyat yang belum divaksin membabitkan 500,000 dos.

Inisiatif bernilai RM200 juta yang menyasar warga emas dan golongan berpendapatan rendah diiktiraf kerajaan persekutuan dan terangkum dalam kerangka Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619