EXCO

EXCO junjung titah Sultan pastikan negeri bebas rasuah

30 Jul 2021, 10:30 AM
EXCO junjung titah Sultan pastikan negeri bebas rasuah

SHAH ALAM, 30 JULAI: Kerajaan Selangor menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor supaya penjawat awam negeri ini memelihara integriti dan bebas rasuah.

EXCO pembangunan generasi muda berkata peringatan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj perlu diambil berat demi menjaga imej Kerajaan Negeri secara keseluruhan.

"Kerajaan Negeri bawah jawatankuasa tetap pembangunan generasi muda, sukan dan pembangunan modal insan beriltizam sama demi menjaga integriti dan nama baik Kerajaan Negeri sekali gus tidak menjejaskan perancangan memajukan negeri kita yang tercinta.

"Prinsip kedaulatan undang-undang harus diberi keutamaan," kata Mohd Khairuddin Othman dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat setiap kes dengan adil dan saksama selaras prinsip kedaulatan undang-undang.

Pada 28 Julai, Sultan Selangor memberi amaran akan menarik semula darjah, bintang kebesaran dan pingat yang diberi kepada pegawai atau ahli politik negeri itu jika didapati terlibat rasuah.

Baginda bertitah tindakan tegas perlu dikenakan kerana perbuatan rasuah boleh mencemar nama baik seluruh pegawai Kerajaan Negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619