AGENDA

Ketua pembangkang mahu usul undi tidak percaya terhadap PM

29 Jul 2021, 9:19 AM
Ketua pembangkang mahu usul undi tidak percaya terhadap PM

SHAH ALAM, 29 JULAI: Ketua pembangkang menghantar usul hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Dewan Rakyat hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mewakili ahli dewan mendesak Muhyiddin yang merupakan ahli parlimen Pagoh dipecat daripada jawatan dengan segera mengikut Perlembagaan Persekutuan.

"Ahli Dewan Rakyat mengambil maklum dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat dilakukan tergesa-gesa tanpa perbentangan di Parlimen.

"Kenyataan bercanggah dan mengelirukan di Parlimen itu bukan hanya gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang tetapi juga membelakangkan fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Anwar berkata pihaknya turut mendesak Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun juga meletak jawatan masing-masing.

Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara menerusi kenyataan berkata Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita dengan pembatalan Ordinan Darurat tanpa perkenan Baginda.

Menurut Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, Seri Paduka Baginda juga menzahirkan dukacita kerana perkara diperkenan dan dititahkan pada 24 Julai lalu kepada Takiyuddin dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun supaya pembatalan Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen tidak dilaksanakan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619