AGENDA

Maqis Selangor tahan kontena bawa daging lembu dari Australia tanpa permit

28 Jul 2021, 2:19 AM
Maqis Selangor tahan kontena bawa daging lembu dari Australia tanpa permit

SHAH ALAM, 28 JULAI: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor menahan sebuah kontena membawa daging lembu sejuk beku dari Australia bernilai RM296,998.91 di Pelabuhan Klang Barat, dekat sini, Isnin lepas.

Maqis Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan kontena berisi muatan 24,987.96 kilogram daging lembu itu ditahan hasil pemeriksaan rutin harian pada 5 petang susulan kegagalan mengemukakan permit import Maqis yang sah.

"Perbuatan mengimport daging sejuk beku tanpa permit import akan disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3), akta sama.

"Jika disabit kesalahan, pihak terlibat boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya," menurut kenyataan itu.

Maqis Selangor menegaskan pihaknya sentiasa mengambil serius terhadap isu membabitkan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan dagangan yang boleh mengancam keselamatan makanan serta status halal.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619